Semasa dalam kelas Fiqh, aku jadi terkesima sebentar. Memang aku senyum, tapi dalam hatiku sedang 'nazak'. Kepala aku hampir nak 'pecah'..iskk!! Tahu kenapa? Ini ada cerita tentang pelajar malang.
Aku banyak belajar. Aku tahu banyak perkara. Aku tahu dan aku ingin tahu. Malangnya aku lupa. Malangnya aku tak ingat. Malangya. Aku banyak makan semutkah??
Kisah pelajar yang malang. Akulah tu. Dah belajar cukup lama, tapi hasilnya..hmmm! Bila ilmu fiqh ditanya kembali, sila bagi contoh..aku terkebil sendiri. Bodohnya!!Bodoh sebab aku tak ingat segala. Benda mudah!!
Cuba minta aku terangkan semula sumber undang-undang dalam Islam..waaa!! Terkebil aku memikir. Padahal, aku sudah belajar. Padahal itu ttg agamaku. Cuba bayangkan kalo orang bukan Muslim yang tanya? Nak cakap.."Err..maaf ye, saya kurang pasti"
Malunya pada DIA. Amanah tak terbuat [walau dah makan berkati, dah mandi berbaldi-baldi]
Bukan sengaja nak kutuk diri. Aku suka pada 'kerajinan memaksima kepala' ketika menjadi pencari ilmu tapi..ilmu tak masuk menusuk dalam hati. Tak melekat betul-betul pada rusuk kanan, kiri.
Tentang hal tadi; istihsan, ijmak, qiyas, 'uruf..sumenya aku ambil masa nak jawab. Sedey aku. Memang aku malang kerna ilmu itu aku letak pada buku bukan pada kepala yang besar.
Seorang 'alim masa kecilnya dalam perjalanan mencari ilmu, merintis padang pasir (jalan baik tu..) tetiba dikepung segerombolan penyamun. Hem..'alim tiada harta. Penyamun nak ambil begnya tapi 'alim tadi menegah, takut hilang ilmunya yang ada dalam beg tadi.
"Hahaha..kalo ilmu engko tu disimpan je dalam kertas, bila masa nak pandai?" [terhegeh-hegeh nak cari bila hilang?]
Sang 'alim berfikir. Nasib baik dia dilepaskan dan nasibnya bertambah baik bila kertas ilmunya diberi semula. Hampeh..takde ape yg bleh Penyamun tu amik. Tapi, 'alim itu terus berfikir. Hah..baru ketahui tentang nilai ilmu. Ilmu itu untuk santapan diri, dipelajari, semat di hati. Ilmu itu buat diamal selalu, buat bimbing kala perlu.
Penyamun menasihati 'alim
Aku terfikir sejenak. Aku malang. Lewat hari ini, rasanya cam banyak ilmuku hilang. Dan teringat lagi pesan hukama': "Ilmu itu tak hinggap dalam diri insan yang melakukan maksiat" Huh..tertampar rasanya diri. Aku dan kehidupan berdosa.
Ingatlah diri, jauhilah dosa. Jauhilah ma'siat sebab barangkali akan kehilangan harta paling berharga (ilmu)
Ilmu itu umpama dian. Hilang cahaya, jiwa gelita. Hilang penyuluh, diri pasti kesesatan.
Maka..ingatlah!! Ilmu tanpa amal macam pohon tak berbuah. Nak sampaikan sesuatu biar jadi tabi'e sendiri. Biar berda'wah dalam hikmah dan halnya. Biar tak susah nak beritakan pada semua. Sebab kita sedang membuktikan perkara nyata..sesuatu dari ilmu, yang manusia perlu tahu nilainya.
p/s:maaf cik along, awak bukan bodoh..cuma kurang guna 'aqal yg Allah beri(",)
3 comments:
merendah diri itu bagus tp jgn sampai dihati kita terbekas rasa rendah diri yang tak tentu hala. mungkin baik tetapi apapun dalam seantero alam ini tiada yang baik sekiranya diambil secara berlebihan.
rasa rendah diri dgn manusia yang turut merendah diri. dan utk mereka yang keras dan degil, terkadang diri ini perlukan pembelaan...bukan bermaksud untuk membongkakkan diri...cuma secukup rasa utk menunjukkan kita bukan lemah dgn merendah diri.
manusia bukan maksum...itulah lazimnya kita rasakan. saya juga. tak mudah merasa lengkap dgn apa yang ada...dan semoga dgn rasa ini dapat membantu meneroka dunia ilmu yang dikurniakan Allah ini.
dalam dunia ini, biarpun hanya luaran yang dipandang...akhirnya hati kecil manusia sentiasa membisikkan bahawa kecantikan dalaman itulah pilihan. percayalah setiap kita adalah cantik walau apa jua yang kita ada kerana kita ini; tiada dua...hanya kekal sebagai satu entiti yang satu...tiada salinan yang serupa biarpun kembar kita sendiri. percaya bahawa kita adalah unik...ciptaan Allah yang terulung.
good poem...nice and very true. easy to understand, and lots of filling. :)
along...along...along
kekadang sesetgh orang mmg dilahirkan dgn daya ingatan yang maha hebat maka jgnlah disalahkan diri kerana lupa pada ilmu yang dipelajari. ilmu bukan hanya hilang kerana maksiat juga hilang kerana kita tak cuba berfikir tentang ilmu itu setiap kali kita mempelajarinya.
apapun, ada cara menajamkan pemikiran...mahu tahu bagaimana? cuba bermain dgn kekuatan akal. cuba try main igt nombor...setakat mana along boleh igt. saya paling byk saya boleh igt sampai 14 combination (nombor ni adalah combination nombor yang fresh BUKAN nombor yang saya biasa). so, dari situ along akan dapat kenal pasti kemampuan along mengingat. saya byk kali mencuba dan ternyata daya ingatan saya lebih baik. lagi satu, cuba hafal surah2 macam surah yassin. insyallah elok utk akal kita. akal ni kena diasah selalu...jadi bila masa lapang...try la dua cara yang saya cakap tu. insyaAllah berjaya. apapun, utk lebih mengingati ilmu yang kita belajar adalah dgn memberikan perhatian kepada ilmu yang kita dapat tu. cuba fikirkan perkara yang outside-the-box beside setiap ilmu yang kita dapat.
selamat berjaya dalam mengingati semua ilmu yang telah along pelajari. setiap manusia bukan bodoh cuma kepandaian manusia itu yang berbeza. jgn putus asa ya along...teruskan usaha. gambatee (perkataan jepun bagi gud luck atau berusaha).
yan...ilmu yg ada pd kita itu satu rahmat yg tak terhingga...jika cuma kita mengambil masa utk mengingati bukan bermakna kita tidak menggunakan ilmu tuhan itu...jgn rasa diri kita terhina kerana drpd tak tahu lgsg baik tahu sikit2 kan...cuma masa itu yg membuat kita terlupa seketika...yan,yan lebih baik dr amy...so,dont make yourself down sgt...kita manusia...insan biasa...tidak terlepas dr kealpaan...
Post a Comment